Sunday, October 16, 2016

Pulang ke Pangkuan Seri Tanjong

Tulisan terakhir dalam blog ini rupa-rupanya pada 2010...Sudah lama betul iaitu sejak saya mula bertugas di PPDBP. Kesian blog kami ini. Ringkaskan cerita. Saya telah mengikuti NPQEL Ambilan 1/2016 di IAB Bandar Enstek. Tidak pernah terfikir untuk menjadi guru besar. Saya mengikuti NPQEL dengan tujuan menambah ilmu. NPQEL memang bagus. Ilmu pentadbiran memang banyak yang diperoleh. Alhamdulillah saya telah lulus pada Jun 2016. Kita merancang tetapi Allah menentukan segala-galanya. Atas arahan pihak tertinggi KPM dengan sebab kekosongan jawatan guru besar yang banyak terutama di Johor, maka semua peserta NPQEL diwajibkan untuk menerima jawatan guru besar. Maka bersedialah saya untuk menerima jawatan tersebut. Pada akhir bulan April 2016, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat (KPPD) telah menyerahkan surat lantikan guru besar kepada saya. Saya diarahkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Tanjong. Sekolah tempat saya bertugas sebelum ke PPD. Sireh Pulang ke Gagang. Semoga rakan-rakan di SK Seri Tanjong dan komuniti setempat dapat menerima saya seadanya. Pasti ada baik dan ada buruknya. Ayuh kita bersama-sama menjadikan SK Seri Tanjong sebagai sekolah yang boleh melahirkan insan yang cemerlang dengan pendidikan yang berkualiti. SEDERAP TERUS GEMILANG.