Sunday, October 16, 2016

Pulang ke Pangkuan Seri Tanjong

Tulisan terakhir dalam blog ini rupa-rupanya pada 2010...Sudah lama betul iaitu sejak saya mula bertugas di PPDBP. Kesian blog kami ini. Ringkaskan cerita. Saya telah mengikuti NPQEL Ambilan 1/2016 di IAB Bandar Enstek. Tidak pernah terfikir untuk menjadi guru besar. Saya mengikuti NPQEL dengan tujuan menambah ilmu. NPQEL memang bagus. Ilmu pentadbiran memang banyak yang diperoleh. Alhamdulillah saya telah lulus pada Jun 2016. Kita merancang tetapi Allah menentukan segala-galanya. Atas arahan pihak tertinggi KPM dengan sebab kekosongan jawatan guru besar yang banyak terutama di Johor, maka semua peserta NPQEL diwajibkan untuk menerima jawatan guru besar. Maka bersedialah saya untuk menerima jawatan tersebut. Pada akhir bulan April 2016, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat (KPPD) telah menyerahkan surat lantikan guru besar kepada saya. Saya diarahkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Tanjong. Sekolah tempat saya bertugas sebelum ke PPD. Sireh Pulang ke Gagang. Semoga rakan-rakan di SK Seri Tanjong dan komuniti setempat dapat menerima saya seadanya. Pasti ada baik dan ada buruknya. Ayuh kita bersama-sama menjadikan SK Seri Tanjong sebagai sekolah yang boleh melahirkan insan yang cemerlang dengan pendidikan yang berkualiti. SEDERAP TERUS GEMILANG.

Wednesday, August 18, 2010

Semoga Tanjong Terus Gemilang

Peristiwa suka duka akan terus berlaku. Kita perlu bersyukur dan mungkin perlu redha dengan segala ketentuannya. Awal Mac, En Dahlan Sam (GB) bertukar ke PPD Batu Pahat selaku penyelia sekolah swasta. Tempat beliau diganti oleh Pn. Hajah Mariyati bt Sapuan. Pada bulan Jun, kita menerima kehadiran guru Pn Hamimah. Pada bulan Jun juga cikgu (En. Hamdan Sairi GPK1) diarahkan bertukar ke PPD Batu Pahat sebagai Pen. PPD BM(R).
Mungkin ada yang sedih, pasti ramai yang suka juga. Sedih terima tugas-tugas yang ditinggalkan, suka dapat makan jamuan. Macam kata cikgu Zaitun... Biar kita tinggalkan, jangan kita ditinggalkan. Mungkin itulah yang diberikan kepada cikgu. Yang pasti semua yang ada pasti akan jadi tinggalan. Kepada guru besar, kita perlu sama-sama mendayung... motivasi guru dan binalah kejelekitan. Tiada kejayaan tanpa semangat sepasukan. Kepada guru, teruslah berjuang mendidik anak bangsa. Usah lemas sebelum sampai ke pelabuhan. Kepada Pekerja, kerja itu ibadah, gaji bukan segala-galanya... Untuk murid-murid, belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan sendiri. Doa cikgu sentiasa mengiringi kalian di mana jua kalian berada. Dalam hati cikgu tetap ada Seri Tanjong.

Saturday, December 5, 2009

Program Sebelum 2010

30&31 Dis 2009 Rabu & Khamis - Mesyuarat Guru bermula jam 8.30 pagi.
01 Jan 2010 Jumaat - Gotong-royong membersihkan kelas.
03 Jan 2010 Ahad - Kedai buku dibuka untuk pembelian.
04 Jan 2010 Isnin - Sekolah 2010 bermula.

Sederap Menggamit Kegilangan

Friday, November 20, 2009

UPSR 2009









Tahniah kepada warga Seri Tanjong atas pencapaian cemerlang UPSR 2009. Dua anugerah diterima daripada PPD Batu Pahat iaitu terbaik mata pelajaran dan peningkatan keputusan. Pencapaian 3 orang mendapat 5A daripada 23 orang murid (13%), keseluruhan 91%, BMK 100%(11 orang A), BMP 100%(17 orang A), Mate 100%(11 orang A), Sains 100%(7 orang A), BI 91%(5 orang A) dan GPS 1.83 memang boleh dibanggakan. Walaupun tidak menandingi pencapaian 100% pada 2005 tetapi pencapaian ini tetap menjadi kebanggaan. Cikgu bersyukur kerana usaha selama ini membuahkan hasil. 3 murid yang telah menjadi wira pada tahun ini ialah Khairul Azizi, Muamar Naffal, dan Eiman Hakim. Murid yang mendapat 4A1B diharap tidak kecewa iaitu Hiqmal, Afiq, Azam dan Fatin Nur Atiqah. Kalian juga hebat, cuma nasib belum menyebelahi. Tkasih cikgu Nor Atiqah, Cikgu Ishak, Cikgu Rahim, Cikgu Rosmawati, Cikgu Hamdan, Cikgu Zaitun... ewah-ewah... semua cikgulah. Tkasih.

Thursday, November 19, 2009

Jamuan d KFC




Jamuan kesyukuran kecemerlangan UPSR sekolah telah diadakan di KFC Batu Pahat pada 19 November 2009. Semua murid Tahun 6 Gemilang telah diraikan sempena kejayaan mereka meningkatkan pencapaian UPSR sekolah. Tahniah! Tahniah! Guru Besar Encik Dahlan bin Sam, YDP PIBG Encik Rahmat dan guru-guru SK&SA telah sama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Terima kasih kepada penderma. Seri Tanjong BOLEH!

Keputusan UPSR 2009







Keseluruhan 91.3%. GPS 1.83. Cemerlang 5A - 3 orang 1. Khairil Azizi 2. Muamar Naffal 3. Nur Eiman Hakim. Pencapai 4A1B - 4 orang 1. Mohd Hiqmal 2. Afiq Md Noor 3. Azam Omar 4. Fatin Nur Atiqah Jailani.



Pencapaian MP - BMK 100%(11 orang A), BMP 100%(17 orang A), Matematik 100%(11 orang A), Sains 100%(7 orang A), dan BI 91.3%(5 orang A).