Friday, November 20, 2009

UPSR 2009









Tahniah kepada warga Seri Tanjong atas pencapaian cemerlang UPSR 2009. Dua anugerah diterima daripada PPD Batu Pahat iaitu terbaik mata pelajaran dan peningkatan keputusan. Pencapaian 3 orang mendapat 5A daripada 23 orang murid (13%), keseluruhan 91%, BMK 100%(11 orang A), BMP 100%(17 orang A), Mate 100%(11 orang A), Sains 100%(7 orang A), BI 91%(5 orang A) dan GPS 1.83 memang boleh dibanggakan. Walaupun tidak menandingi pencapaian 100% pada 2005 tetapi pencapaian ini tetap menjadi kebanggaan. Cikgu bersyukur kerana usaha selama ini membuahkan hasil. 3 murid yang telah menjadi wira pada tahun ini ialah Khairul Azizi, Muamar Naffal, dan Eiman Hakim. Murid yang mendapat 4A1B diharap tidak kecewa iaitu Hiqmal, Afiq, Azam dan Fatin Nur Atiqah. Kalian juga hebat, cuma nasib belum menyebelahi. Tkasih cikgu Nor Atiqah, Cikgu Ishak, Cikgu Rahim, Cikgu Rosmawati, Cikgu Hamdan, Cikgu Zaitun... ewah-ewah... semua cikgulah. Tkasih.

1 comment:

  1. Harapan saya, guru-guru tanjong terus bersemangat dalam menaikkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Segala cabaran kita harungi bersama.....

    ReplyDelete